Undang-Undang
Terma & Syarat
Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum menyerahkan peranti anda kepada FixpressMY untuk diagnosis, pembaikan atau servis.
Liabiliti
Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang data yang disimpan pada peranti anda. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan data, dan anda bertanggungjawab untuk membuat salinan sandaran maklumat anda.
Apabila menghantar peranti yang rosak, juruteknik kami mungkin perlu membuka peranti tersebut untuk tujuan diagnosis atau pembaikan, yang membawa risiko berlakunya kerosakan kecil. Walaupun kami mengambil segala langkah berjaga-jaga, sekiranya berlaku kerosakan yang ketara, kami akan menawarkan penggantian atau pembaikan.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap masalah yang berpunca daripada pembaikan terdahulu.
Bagi pembaikan skrin atau home button, kami tidak menjamin bahawa fungsi Touch ID, fingerprint atau Face ID akan berfungsi selepas pembaikan.
Waranti LCD
Waranti LCD tidak meliputi perkara berikut:
- Masalah garisan pada LCD.
- Tompok hitam / ink bleeding.
- Dead pixels.
- LCD retak atau pecah.
- Kerosakan akibat air.
- Kerosakan akibat hentakan, tekanan, bengkok atau kemalangan.
Data Peribadi
Sila buat salinan sandaran atau padam data anda sebelum menghantar peranti. Kami tidak menjamin penyimpanan data dan tidak menyediakan perkhidmatan pemulihan data.
PIN lock dan kata laluan mesti dibuang sebelum pembaikan.
Sila keluarkan SIM card dan aksesori kerana kami tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan barang tersebut.
Kemas kini sistem (iOS/Android) mungkin diperlukan untuk melengkapkan proses pembaikan.
Dengan menghantar peranti kepada kami, anda melepaskan kami daripada sebarang tuntutan berkaitan peranti, data yang disimpan atau media yang digunakan bersama peranti tersebut.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan, kerahsiaan atau perlindungan data.
Pengambilan Peranti
Peranti yang tidak diambil dalam tempoh 30 hari selepas pemberitahuan, sama ada secara bertulis atau lisan, akan dilupuskan atas budi bicara kami.
Tiada tuntutan akan diterima selepas tempoh tersebut.
Perisian
Caj RM50 dikenakan untuk diagnosis atau pemulihan perisian bagi peranti dalam waranti dan luar waranti setelah mendapat persetujuan.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan data.
Motherboard
Pembaikan dan perkhidmatan motherboard mempunyai waranti selama 30 hari bermula dari tarikh pemberitahuan pengambilan.
Diagnosis dan pembaikan akan dilakukan mengikut checklist yang disediakan.
Sila pastikan anda memahami terma ini sebelum menghantar peranti.
Dengan menyerahkan peranti kepada FixpressMY untuk diagnosis, pembaikan atau servis, anda bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan di halaman ini.